Pages

Wednesday, October 6, 2010

Monday, October 4, 2010

Thursday, May 13, 2010

Bacaan Al-Quran

Bacaan Al-Quran, Klick Disini

Baca Quran Online - klik link kat bawah

http://www.quranexplorer.com/quran/

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( surah Ali Imran : 104 )

Johr 2010

Alhamdulillah, berkat fikir,risau dan usaha para Aalim Ulama' dan pencinta Agama Allah SWT yang sentiasa inginkan keselamatan & kesejahteraan untuk seluruh manusia, akan menjelang tidak lama lagi, satu perhimpunan di beberapa bandar2 besar di kawasan nusantara.

Maksud diadakan perhimpunan ini adalah untuk mengajak seluruh ummat kepada mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka,
kerana Allah SWT telah menjamin kejayaan dan kesejahteraan hanya kepada mereka yang mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka. Samada kita melibatkan diri dalam bidang pertanian,perusahaan atau perniagaan,samada kita seorang pemerintah ataupun ra'yat biasa, samada kita majikan atau pekerja; dalam apa jua bidang pun yang kita ceburi , apabila kita amalkan agama yang sempurna pada setiap masa, waktu dan ketika, Allah SWT telah sediakan untuk kita Hayatan Toyyibah [Kehidupan Yang Baik] di dunia ini dan ....Syurga yang Indah dan Nyaman untuk kita di Akhiraat kelak.

Oleh itu, untuk mengamalkan agama yang sempurna, setiap individu dari Ummat harus membuat usaha yang dinamakan Usaha Agama. Di bawah pimpinan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam, para Sahabat Radiallahu 'anhum telah melaksanakan Usaha Agama sehingga Agama telah menyerap kedalam kehidupan mereka.Agama wujud dalam perniagaan mereka dan mereka telah menjadi manusia yang jujur dan beramanah.Begitu juga Agama hidup di rumah2 mereka ,di ladang2 pertanian, di dalam urusan pemerintahan dan sebagainya. Dimana sahaja Sahabat Radiallahu'anhum berada, mereka menghidupkan Agama sehingga Allah Subhanahuwataalla begitu senang dengan mereka.


Di perhimpunan yang akan diadakan nanti, penerangan yang lebih terperinci mengenai Usaha Agama akan di sampaikan oleh Masyaikh2 tempatan dan juga dari luar negara. Di harapkan setiap Muslimin dapat hadhir dan dapat sediakan saudara2 kita yang lain juga untuk sama2 hadhir.

Jadual Perhimpunan 2010

1] 27-30hb Mei - Singapura -di kawasan lapang sebelah Masjid Angullia, Serangoon Road.

2] 31Mei-3 Jun - Beaufort, Sabah.

3] 3-6 Jun -Brunei Darussalaam.

4] 7-10 Jun - Bintulu, Sarawak.

5] 11-14 Jun - Masjid Jame' Seri Petaling, Kuala Lumpur.

6] 16-19 Jun - Besut , Kelantan.-Surau Pantai Ayer Tawar.

7] 20- 23 Jun - Merlimau , Melaka -di kawasan Masjid Baru.

8] 24-27 Jun - Berseri, Perlis - di kawasan Madrasah Daarul Oolum .

Mohon Dua. Semoga di Redhai Allah Subhanahuwata'ala. Jazzakallahukhoiron Kathiro.

Wednesday, February 24, 2010